fb fb fb fb fb

AS guna kuasa veto tolak resolusi PBB

Foto facebook Wisma Putra

KUALA LUMPUR, 10 Disember- Malaysia kesal dengan tindakan Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto menolak resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenai isu penyelesaian konflik antara Israel.

Wisma Putra dalan kenyataannya berkata, "tindakan itu menyebabkan PBB gagal mengguna pakai resolusi berkenaan serta mematahkan desakan sokongan dari 102 negara, termasuk Malaysia dalam menuntut gencatan senjata segera terhadap isu berkenaan."

"Malah tindakan berkenaan akan menjadikan peperangan kedua-dua negara tidak dihentikan," katanya.

Menerusi kenyataan itu, kegagalan resolusi tersebut merupakan satu bentuk ketidakadilan yang serius selain mengundang kemarahan orang ramai.

Perkara itu disebabkan keputusan berkenaan dianggap keterlaluan seperti tidak mempedulikan hak kemanusiaan serta rayuan daripada masyarakat antarabangsa.

Malaysia sekali lagi turut mengulangi komited gesaannya dan tidak akan berputus asa dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin.

Ia juga bagi perlindungan terhadap orang awam, dan penghantaran bantuan kepada penduduk di Gaza.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI