fb fb fb fb fb

AS kagum pembangunan tenaga bersih di Sarawak

Kunjungan hormat Duta Besar AS ke atas Premier Sarawak di DUN Sarawak hari ini

KUCHING, 14 Mei- Komitmen Sarawak dalam membangunkan tenaga bersih menarik perhatian Amerika Syarikat.

Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Edgard D Kagan berkata perkara itu sebagai satu peluang untuk menjalinkan kerjasama serantau setelah kemampuan Sarawak yang fokus dalam pembangunan tenaga baharu.

Oleh itu pihaknya akan terus menjalinkan kerjasama strategik dengan Sarawak bagi manfaat perkongsian teknologi dan tenaga hidrogen.

Beliau turut memberitahu, sejumlah syarikat-syarikat besar di negaranya masih operasi di negeri itu seperti Western Digital selain syarikat minyak dan gas bagi menyokong pembangunan ekonomi Sarawak.

Edgard menjelaskan perkara itu kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini.

Ia merupakan kunjungan hormat pertama Edgard ke Sarawak selepas dilantik menjadi duta negara itu ke Malaysia pada Mac lepas.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE