MIRI, 2 Februari- Paras air di Stesen Aras Air Long Teru, Miri dilaporkan melebihi tahap Bahaya.
Menurut notifikasi Aras Air terkini menerusi Laman Web Rasmi Publik Info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, ia meningkat kepada bacaan 8.6 meter semalam.
Stesen Aras Air Marudi pula berada pada aras 3.78 meter juga telah melebihi tahap bahaya dengan kenaikan aras air sebanyak 0.53 meter, namun menurun pada sebelah petangnya.
Manakala Stesen Aras Air Benawa adalah pada aras amaran iaitu Aras air 7.41 meter dan menunjukkan paras air turun.
Dua Stesen Aras Air berada pada aras waspada iaitu Stesen Beluru dengan bacaan 4.88 meter dan Stesen Long Jegan 11.36 meter.
Dalam pada itu, kemas kini laporan banjir dari Jabatan Pertahanan Awam Sarawak turut melaporkan tiada penambahan jumlah mangsa dan kawasan terjejas di Daerah Marudi.
Mangsa banjir yang di tempatkan di Pusat Pemindahan Sementara PPS Dewan Suarah Marudi kekal 31 orang daripada 8 buah keluarga.