KUALA LUMPUR, 25 Disember- Aplikasi Whoscall berjaya membantu usaha membanteras kes penipuan dalam talian.
Data yang dikumpul menunjukkan berlaku penurunan sebanyak 50 peratus kadar panggilan tidak diketahui yang dijawab.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pegawai Operasi Gogolook, Manwoo Joo menerusi hasil kerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.
"Pangkalan data yang kami terima daripada PDRM sangat luar biasa.
"Kami juga sentiasa meningkatkan kualiti perkhidmatan dan ini mendorong semakin ramai pengguna memuat turun aplikasi ini.
"Whoscall sentiasa meningkatkan keperluan keselamatan maklumatnya untuk melindungi data pengguna," katanya pada karnival Scam Free Malaysia yang dianjurkan bersama JSJK dengan Whoscall Malaysia.