fb fb fb fb fb

Anwar tidak campur urusan siasatan Muhyiddin

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 23 Ogos- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan mencampuri urusan siasatan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebaliknya, Anwar memberi jaminan perkara tersebut akan mengikut undang-undang dan diserah sepenuhnya kepada Peguam Negara.

"Setakat ini kita ikut jalur, serah siasatan kepada Peguam Negara, saya tidak campur urusan itu," katanya kepada pemberita pada sidang media Majlis Amanat Perdana Menteri bersama warga penguat kuasa KPDN dan Peluncuran Portal Ihsan Madani di sini.

Semalam, Muhyiddin dilapor menyerahkan beberapa dokumen kepada polis bagi membantu siasatan berhubung isu beliau menyentuh Institusi Raja sewaktu berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri.

Dalam pada itu, Anwar akan mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak menyekat mana-mana organisasi media dalam membuat sebarang liputan.

Oleh demikian, Anwar akan menghubungi segera pihak PDRM berhubung perkara tersebut.

"Soal media saya akan hubungi PDRM segera supaya jangan ada mana-mana sekatan kepada media sepertimana berlaku terhadap Malaysiakini tadi," katanya.

Terdahulu, sebuah organisasi media iaitu Malaysiakini telah dilarang membuat liputan di sebuah acara polis di ibu negara.

Sewaktu kejadian, seorang pegawai media Bukit Aman telah memaklumkan wartawan berkenaan tidak dibenarkan memasuki acara tersebut.

BERITA BERKAITAN:

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM