KUALA NERUS, 9 Mei- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) kuala Terengganu pukul 2.10 petang tadi sempena Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 peringkat negeri Terengganu.
Beliau tiba menaiki pesawat khas airbus ACJ 320 itu diiringi Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.
Perdana Menteri kemudiannya dijadual menghadiri taklimat pembangunan negeri Terengganu di Wisma Darul Iman sebelum menyertai lebih 10,000 rakyat pada majlis itu di perkarangan Stadium Gong badak di sini.
Hampir 100 individu memenuhi perkarangan LTSM bagi menyambut ketibaan Perdana Menteri.
Terdahulu Timbalan Perdana Menteri
Datuk Seri Fadillah Yusoff bersama-sama isteri Datin Seri Ruziah Mohd Tahir tiba di lapangan terbang sama pada pukul 1.00 tengah hari menaiki Pesawat jenis Falcon 900 RMF 168.