fb fb fb fb fb

Anwar bincang pelaburan bersama dengan FUJIFILM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat delegasi Healthcare Americas Corporation (FUJIFLM)/Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 4 Jun - Pertemuan dan perbincangan bersama Healthcare Americas Corporation (FUJIFLM) selari dengan fokus kerajaan dalam mengerakkan transformasi teknologi terutamanya dalam sektor awam.

Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan menerima kunjungan hormat daripada delegasi syarikat berkenaan yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Presiden FUJIFILM, Hidetoshi Ilzawa di Putrajaya hari ini.

"Sesi ini terkait perancangan pelaburan dan sokongan yang boleh dilaksanakan FUJIFILM bagi sektor kesihatan di sini hatta turut melibatkan penjagaan kesihatan, latihan dan dokumentasi rekod perubatan," katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Anwar berkata, FUJIFILM adalah syarikat utama dalam inovasi penyelesaian diagnostik dan pengimejan perusahaan bagi memenuhi keperluan penjagaan kesihatan yang merentasi pencegahan, diagnosis dan rawatan.

GRACE AISYAH KEDAYAN