
PUTRAJAYA, 8 Februari – Suasana penuh istiadat dan kehangatan diplomatik mewarnai Kompleks Seri Perdana apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan kunjungan Perdana Menteri India, Narendra Modi dalam satu majlis makan tengah hari rasmi, hari ini.
- Persembahan tarian tradisional pelbagai kaum oleh Penari Istana Budaya menyerlahkan kepelbagaian budaya Malaysia kepada tetamu kehormat.
- Perjumpaan dua hala antara Anwar dan Modi bertujuan memperkukuh hubungan diplomatik serta kerjasama strategik Malaysia-India.
- Majlis makan tengah hari rasmi mencerminkan hubungan erat dan usaha pemerkasaan kerjasama merentasi pelbagai bidang.
Majlis yang berlangsung di Dewan Bankuet itu turut diserikan dengan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum oleh Penari Istana Budaya, sekali gus menampilkan keunikan serta kepelbagaian budaya Malaysia kepada tetamu kehormat.
Sebelum majlis berkenaan, Modi diberikan sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra, diikuti pertemuan dua hala bersama Anwar yang bertujuan memperkukuh hubungan diplomatik serta kerjasama strategik antara Malaysia dan India.
Majlis berkenaan mencerminkan hubungan erat kedua-dua negara yang terus diperkasakan merentasi pelbagai bidang kerjasama.