fb fb fb fb fb

Anwar mahu siasatan kes GISBH disegerakan

Foto BERNAMA

KAJANG, 13 September- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu siasatan kes berkaitan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) disegerakan. 

Menurut Anwar, beliau telah mengarahkan pihak polis serta pihak berkuasa agama melakukan siasatan menyeluruh berkenaan isu tersebut.

"Jadi biar ada saluran dan jangan lengahkan. Isu berkaitan akidah, salah guna kuasa, salah guna agama dan penderaan kanak-kanak adalah perkara besar..itu semua serius bagi umat Islam," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Iman Kampung Desa Putera di sini.

Terdahulu, kontroversi membabitkan GISBH menggemparkan orang ramai apabila didakwa melakukan seks luar tabii dan kerahan tenaga kerja melibatkan kanak-kanak serta remaja terbongkar di premis dikendalikan kumpulan berkenaan. 

BERITA BERKAITAN:

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM