fb fb fb fb fb

Anwar hadiri Kongres Nasional Tahunan PKR 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 25 November- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Kongres Nasional Tahunan PKR 2023, hari ini.

Beliau tiba di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) kira-kira pukul 9.00 malam, diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama kepimpinan parti.

Anwar yang juga presiden parti berkenaan dijadual menyampaikan ucapan dasar pada pukul 9.45 malam.

Ia sekali gus merasmikan kongres nasional peringkat pusat parti itu.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM