fb fb fb fb fb

Anwar hadiri kongres khas PKR

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto Hiasan / Bernama

SHAH ALAM, 15 Disember - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.

Kongres itu diadakan selepas Kongres Nasional 2024 yang dijadualkan di Johor hari ini ditangguhkan susulan banjir yang melanda beberapa negeri.

Ketibaan Anwar yang juga Presiden PKR disambut pimpinan utama parti termasuk Timbalan Presiden, Rafizi Ramli.

Turut hadir Setiausaha Agung PKR Dr. Fuziah Salleh dan Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil.

Kongres berkenaan diadakan secara hibrid bagi memberi peluang kepada perwakilan dari negeri yang terkesan banjir untuk turut serta secara dalam talian.

Sebelum ini, Fuziah dilaporkan berkata Kongres Khas PKR itu antara lain akan meminda perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.

Beliau berkata pindaan akan mengikut prinsip keterlibatan dalam demokrasi yang bakal memberikan hak kepada anggota parti untuk mengundi pemimpin pada sesi pemilihan akan datang bagi memastikan kredibiliti proses memilih pemimpin parti.-BERNAMA

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN