fb fb fb fb fb

Anwar gesa Zaki Yamani mohon maaf

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 2 Julai-Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa seorang pengguna media sosial yang membuat ciapan biadab terhadap keadaan kesihatan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, supaya memohon maaf dengan segera.

Menerusi ciapan di Twitter lewat malam tadi, Perdana Menteri turut menyatakan kekesalan berhubung tindakan individu berkenaan.

Akaun twitter @Zaki_Yamani_ menerusi ciapannya semalam, mendoakan Tan Sri Abdul Hadi, yang dilaporkan sedang mendapat rawatan di hospital, supaya diambil nyawanya.

Lelaki itu turut berharap perkara yang sama, berlaku kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sehingga pagi ini, individu berkenaan masih tidak memadam ciapan itu serta tidak memohon maaf.

Semalam, Muhammad Khalil, anak kepada Tan Sri Abdul Hadi memohon doa orang ramai dan solat hajat khusus untuk kesembuhan pemimpin PAS berkenaan.


(FOTO HIASAN)

Media Baharu