BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Ogos- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-25 Malaysia dan Brunei di sini.
Pagi ini beliau dijadualkan menghadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan mengadakan pertemuan empat mata di Istana Nurul Iman.
Sultan Hassanal Bolkiah juga berkenan untuk menyaksikan bersama-sama Anwar pemeteraian beberapa instrumen dua hala termasuk melibatkan sempadan darat.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek; Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan antara yang mengiringi Anwar.
Anwar tiba di Brunei malam tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei malam tadi dan dijangka pulang ke ibu negara pada sebelah petang ini setelah mengakhiri lawatan kerja ke Brunei.
BERITA BERKAITAN: