fb fb fb fb fb

Anwar adakan pertemuan bersama pemimpin Timor-Leste dan Singapura

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kiri) bertemu Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmao pada Mesyuarat Dua Hala antara Malaysia dan Timor-Leste sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 di Vientien / Foto Bernama

VIENTIANE, 9 Oktober - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 berkesempatan mengadakan pertemuan dua hala dengan dua rakan sejawatnya dari Timor-Leste dan Singapura.

Pertemuan bilateral bersama Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmao berlangsung selama 15 minit di Pusat Konvensyen Kebangsaan (NCC) Vientiane.

Antara yang dibincangkan kedua-dua pemimpin termasuk keanggotaan penuh Timor-Leste dalam blok ASEAN, yang diyakini mampu memperluas dan mengembangkan sektor ekonomi serantau.

Timor-Leste masih menunggu keputusan konsensus negara-negara ASEAN untuk diterima sebagai anggota penuh pertubuhan itu.

0910 pm dua hala 2Anwar (dua, kanan) ketika pertemuan bersama Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong / Foto RTM

Pertemuan dua hala bersama Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, pula berlangsung selama 30 minit di hotel kediaman Datuk Seri Anwar di Vientiane.

Ini bagi membincangkan isu berkaitan kerjasama dua hala antara Kuala Lumpur dan Singapura.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN