fb fb fb fb fb

Anugerah Fotografi Dasar Laut Sultan Mizan 2024, promosi keindahan dasar laut di Terengganu

Pengarah Jabatan Pelancongan Terengganu, Ahmad Ridzwan Abd Rahman

KUALA TERENGGANU, 25 Februari - Lebih 1,000 peserta dijangka menyertai Anugerah Fotografi Dasar Laut Sultan Mizan 2024 yang bermula 1 Mac hingga 30 November ini.

Pertandingan cetusan idea Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin itu dijangka mendapat sambutan hebat daripada pelancong dalam dan luar negara.

Pengarah Jabatan Pelancongan Terengganu, Ahmad Ridzwan Abd Rahman berkata acara tahunan itu adalah bagi mempromosi keindahan pantai dan khazanah dasar laut serta membantu meningkatkan kehadiran pelancong ke Terengganu.

"Dia kena menginap di mana-mana hotel, resort atau penginapan di Terengganu dan bawakan resit tersebut untuk dimohon secara dalam talian. Pertandingan dibuka secara dalam talian dan kita sudah beri pautan dia untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai pertandingan yang berpestij ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran Anugerah Fotografi Dasar Laut Sultan Mizan 2024. 

Terdapat tujuh pulau di Terengganu yang menjadi tarikan iaitu Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Tenggol, Pulau Lang Tengah, Pulau Gemia, Pulau Kapas dan Pulau Bidong.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN