fb fb fb fb fb

Anggota polis peronda cedera, terbabit kemalangan di Shah Alam

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Penolong Pesuruhjaya Polis Mohd Iqbal Ibrahim

KUALA LUMPUR, 1 Julai- Sebuah unit kereta peronda polis (MPV) dilanggar kenderaan yang dipandu orang awam di persimpangan lampu isyarat dekat Persiaran Kayangan - Persiaran Bestari, Seksyen 7, Sabtu lalu.

Dua anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam yang bertugas dilapor cedera, akibat pelanggaran tersebut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Mohd Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan berkata siasatan mendapati kenderaan MPV polis itu sedang dalam perjalanan ke lokasi insiden pergaduhan setelah menerima panggilan kecemasan.

"Kemalangan terbabit menyebabkan kerosakan terhadap kedua-dua kenderaan. Kedua-dua anggota polis berpangkat Koperal mengalami kecederaan di bahagian tangan serta muka."

"Mereka telah dikejarkan ke Hospital Shah Alam dengan ambulans untuk rawatan selanjutnya manakala seorang lagi pemandu berumur 24 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," kata kenyataan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, rakaman kejadian berkenaan tular di media sosial menjadi perhatian orang ramai.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM