fb fb fb fb fb

Anggota bomba dikhuatiri lemas, ditemukan

Anggota bomba Mohd Izwan Ilias ditemukan selepas 19 jam operasi carilamat

BUTTERWORTH, 23 Februari- Operasi mencari dan menyelamat (Carilamat), anggota bomba Mohd Izwan Ilias, 42 tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot yang diujinya di Pengkalan Marin di Jeti Sungai Mak Mandin, Butterworth semalam berjaya ditemukan selepas 19 jam operasi itu dijalankan.

Seramai 160 anggota bomba dari Pulau Pinang, Kedah dan Perak selain bantuan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam operasi itu yang ditamatkan tepat jam 5.32 petang tadi.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohamad berkata, dengan strategi telah disusun rapi oleh unit operasi diiringi bantuan daripada dua ekor anjing pengesan dari Unit K9, salah seorang pasukan penyelamat ternampak jasad mangsa dan telah disahkan identiti mangsa.

"Kita membaca pada pergerakan arus dan kita kecilkan skop pencarian. Ini berikutan anjing pengesan yang telah dibawa daripada unit K9 di peringkat awal dua ekor.

"Yang pertama tadi telah menunjukkan tanda-tanda pengesanan dalam radius lokasi mangsa dipercayai terjatuh," katanya kepada pemberita di sini.

Satu majlis penghormatan terakhir akan dibuat di Kampung Pekan Darat memandangkan mangsa meninggal dalam tempoh berkhidmat.

Mangsa meninggalkan seorang balu dan lima orang anak.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI