fb fb fb fb fb

Amaran ribut petir landa tiga negeri hingga 1 tengah hari

Amaran ribut petir landa tiga negeri hingga 1 tengah hari

KUALA LUMPUR, 12 Disember - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, melibatkan beberapa kawasan di Pahang, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 1.00 tengah hari.

Menurut kenyataan MetMalaysia yang dikeluarkan pada pukul 9.00 pagi, kawasan yang dijangka terlibat di Pahang ialah Rompin.

Di Sarawak melibatkan Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong dan Sarikei (Pakan, Julau).

Manakala di Sabah di Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Ranau, Kota Belud), Tawau (Kunak, Lahad Datu), Sandakan dan Kudat.

"Amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda awal berlakunya ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam, yang dijangka berlaku atau berterusan melebihi satu jam," menurut kenyataan.

Ia merupakan amaran jangka pendek dan lazimnya berkuat kuasa dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada terhadap kemungkinan berlakunya banjir kilat, pokok tumbang dan kerosakan struktur ringan susulan cuaca buruk.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN