Amaran ribut petir landa beberapa negeri sehingga 10 pagi

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan negeri Kedah di Langkawi, Pulau Pinang (Barat Daya dan Timur Laut), Perak di kawasan Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk serta Hilir Perak sehingga pukul 10.00 pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Amaran turut dijangka berlaku di Selangor melibatkan Sabak Bernam dan Kuala Selangor.
  • Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat petunjuk berlakunya ribut petir.
  • Amaran dikeluarkan jika intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam.
  • Amaran jangka pendek sah tidak melebihi enam jam bagi setiap pengeluaran.

Amaran turut dijangka berlaku di Selangor melibatkan Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

“Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat petunjuk berlakunya ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang menghampiri atau dijangka berlaku dalam tempoh satu jam,” menurut kenyataan.

Ia merupakan amaran jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap pengeluaran.