KUALA LUMPUR, 21 Disember - Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Perak, Selangor dan Sabah, hingga tengah hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, di Perak melibatkan kawasan Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak manakala Selangor melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling dan Kuala Langat.
"Di Sabah pula kawasan dijangka terlibat ialah Pedalaman (Nabawan)," menurut kenyataan itu.