
KUALA LUMPUR, 12 Mac– Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga pukul 7.00 malam ini.
- Beberapa negeri di Semenanjung terlibat termasuk Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
- Sarawak (Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Miri) dan Sabah (Sipitang, Tenom, Nabawan, Tawau, Kunak, Lahad Datu) turut terjejas.
- MetMalaysia menasihatkan orang ramai berwaspada dan merujuk laman rasmi jabatan untuk maklumat cuaca terkini.
Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat di Kedah meliputi Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Perak melibatkan Larut, Matang dan Selama, Batang Padang serta Muallim.
Di Pahang pula kawasan terjejas ialah Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Selangor iaitu Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang, selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya.
“Selain itu, seluruh Negeri Sembilan dan Melaka turut dijangka mengalami keadaan cuaca sama,” menurut kenyataan itu.
Di Johor, kawasan terlibat termasuk Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
Bagi Sarawak, amaran melibatkan Sri Aman, Betong (Pusa, Betong dan Saratok), Sarikei, Sibu (Kanowit), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) serta Miri (Telang Usan).
Sementara itu, di Sabah, kawasan terjejas ialah Pedalaman meliputi Sipitang, Tenom dan Nabawan serta Tawau termasuk Tawau, Kunak dan Lahad Datu.
MetMalaysia menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan merujuk laman sesawang rasmi jabatan itu untuk maklumat cuaca terkini. -BERNAMA