
KUALA LUMPUR, 23 Julai – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta lapan negeri sehingga 3 petang ini.
- Kedah terjejas: Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
- Perak terlibat: Kerian serta Larut, Matang dan Selama.
- Seluruh Pulau Pinang dijangka berdepan keadaan sama; Selangor terjejas di Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang.
- Pahang (Rompin), Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Rembau, Tampin), Melaka dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang).
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah Kedah membabitkan Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu serta Perak melibatkan Kerian serta Larut, Matang dan Selama.
Keadaan sama dijangka melanda seluruh Pulau Pinang, Selangor (Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang) serta Pahang (Rompin).
Negeri lain yang turut terjejas ialah Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Rembau dan Tampin), Melaka serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang). – BERNAMA