fb fb fb fb fb

Amaran ribut petir di beberapa kawasan di Sarawak hingga pagi esok

Foto laman web METMalaysia

KUALA LUMPUR, 29 November - Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Sarawak hingga pukul 2:00 pagi esok (30 November).

Menurut kenyataan METMalaysia, ia melibatkan kawasan Sibu (Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah) serta Bintulu dan Miri (Subis).

EMMI NORALIZA ADNAN