PETALING JAYA, 17 Januari- Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah melibatkan kawasan Sandakan, Telupid dan Beluran sehingga hari ini.
Manakala, hujan berterusan tahap waspada pula dijangka berlaku di Sabah juga melibatkan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat.
METMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Johor bermula hari ini hingga Ahad melibatkan kawasan Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Amaran itu turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan di negeri Sarawak seperti Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) sehingga esok.