fb fb fb fb fb

Amaran hujan berterusan tahap buruk di Kelantan

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

KUALA LUMPUR, 22 November - Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) pada Sabtu mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di negeri Kelantan.

METMalaysia menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, hujan lebat berterusan dijangka berlaku di daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh sehingga Isnin (24 November 2025).

Selain itu, amaran hujan berterusan (waspada) juga dijangka berlaku di negeri Kelantan melibatkan daerah Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang dan Terengganu sehingga Rabu (26 November 2025).

Hantaran tersebut turut memaklumkan, amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan di beberapa di negeri di Semenanjung antaranya negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar, juga sehingga Isnin (24 November 2025).

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN