fb fb fb fb fb

Amaran hujan berterusan tahap buruk di Johor hingga esok

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 21 Disember- Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) malam ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Johor hingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran hujan lebat berterusan di Johor itu melibatkan kawasan Mersing dan Kota Tinggi.

Dalam kenyataan sama, amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang yang dijangka berlaku hingga Isnin ini, manakala Johor dijangka mengalami hujan berterusan hingga esok.

Sementara di Pahang, lokaliti yang tersenarai membabitkan kawasan Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala kawasan dijangka mengalami hujan berterusan di Johor adalah Kluang, Kulai dan Johor Bahru.

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI