KUALA LUMPUR, 28 Oktober- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) perlu mempromosikan amalan pertanian organik secara menyeluruh kepada pemain industri tempatan dalam menghasilkan produk yang selamat dan terjaga.
Menurut Profesor Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), Dr. Mohd Nazari Ismail, dengan penambahan peruntukkan belanjawan sebanyak RM300 juta, ia mampu meningkatkan keterjaminan makanan negara.
"Kalau guna kaedah pembajaan yang tidak organik dia boleh rosakkan tanah dan pada masa akan datang tanah akan hilang nutrien.
"Kualiti itu akan jatuh jadi sekarang penting bahawa kaedah pertanian organik ini dibesarkan," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.
Tambah Dr. Mohd Nazari, peruntukkan besar itu diharap mampu membantu para petani agar tidak bergantung kepada pinjaman bank semata-mata.