fb fb fb fb fb

Aliran trafik lancar di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menuju utara, hanya beberapa kawasan bergerak perlahan


TAPAH, 30 Januari- Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menuju ke arah utara negeri Perak masih berjalan lancar meskipun terdapat beberapa kawasan bergerak perlahan.

Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), laluan dari Tapah menghala ke hentian sebelah gua tempurung bergerak perlahan khususnya di kawasan mendaki.

Ketika dihubungi RTM, LLM menyatakan kenderaan di kawasan tersebut bergerak perlahan sepanjang kira-kira lapan kilometer.

Namun, aliran trafik di kawasan tersebut masih lagi lancar dan tiada kemalangan yang berlaku.

Kawasan lebuhraya PLUS yang lain di sekitar Perak juga masih bergerak lancar.

Sementara itu, hasil tinjauan RTM di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah arah utara juga mendapati pengguna jalan raya yang singgah di lokasi tersebut mematuhi SOP Covid-19 yang dikuatkuasakan.

Media Baharu