
KUANTAN, 12 Mac- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 di Pahang menyambut baik pembayaran yang diawalkan bermula 10 Mac lalu.
- Alhamdulillah, bantuan STR meringankan kos harian dan persiapan Aidilfitri bagi penerima.
- Menerusi bantuan, mereka dapat membeli baju raya, susu anak dan keperluan makanan sepanjang sambutan.
- STR Fasa 2 melibatkan kira-kira RM1.3 bilion dan memberi manfaat kepada lima juta penerima.
Kesemua penerima yang ditemui pemberita di sini menyifatkan sumbangan itu sangat membantu dalam perbelanjaan harian dan persiapan awal menyambut Aidilfitri.
Perkara itu diakui seorang perniaga, Norhayati Omar, 58, dan seorang pembantu rumah, Kamalian Umby, 35.
“Ya, membantu saya, dari segi beli barang apa semua, memang banyak membantu,” kata Norhayati Omar, manakala Kamalian Umby: “Sangat membantu meringankan, terutamanya untuk beli baju raya anak dan keperluan hari raya,
Senada dengan itu, Rabiana Ramli, 48, pembantu kedai berkata bantuan berkenaan meberi manfaat kepadanya dalam dalam membeli keperluan keluarga sempena Aidilfitri.
“Bantuan ini memberi manfaat, boleh beli baju dan makanan, termasuk baju anak-anak,” katanya.
Sementara itu, seorang suri rumah, Nur Amanina Najihah Nordin, 31, berkata bantuan itu meringankan beban keluarga terutama keperluan anak-anak.
“Alhamdulillah, bantuan STR kerajaan ini meringankan beban rakyat, boleh bantu beli susu anak dan keperluan raya termasuk baju raya.
“Terima kasih PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” katanya.
Abdullah Tahir, 75 tahun, pesara pula berkata bantuan itu digunakan untuk persiapan menyambut tetamu pada Aidilfitri nanti
“Duit STR yang saya terima saya gunakan untuk membeli kuih raya dan beri kepada budak-budak yang datang beraya, sekurang-kurangnya RM1 hingga RM3 seorang. Itulah duit kerajaan yang menampung keperluan saya sebagai pesara,”katanya.
Pembayaran STR Fasa 2 melibatkan peruntukan kira-kira RM1.3 bilion dan memberi manfaat kepada lima juta penerima di seluruh negara.