fb fb fb fb fb

Aktiviti dakwah diperhebat, perjelas kedudukan kalimah Allah di sisi umat Islam

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar

KUALA LUMPUR, 20 Mac - Aktiviti dakwah kepada masyarakat bukan Islam akan diperhebat bagi menjelaskan kedudukan kalimah Allah di sisi umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata usaha itu juga akan difokuskan kepada segelintir masyarakat beragama Islam yang memandang remah akan isu tersebut.

"Kita harapakan hasil dari laporan siasatan ini, ada tindakan yang akan diambil oleh pihak polis supaya ia menjadi pengajaran bukan sahaja dalam episod ini tetapi kita juga tidak mahu ianya berlaku pada masa-masa akan datang.

"Jadi, ini merupakan satu pengajaran, Malaysia adalah negara yang berbilang kaum, bangsa dan kita raikan kepelbagaian ini tapi bukan dalam konteks menghina agama lain," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan buah kurma kepada kakitangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Angkasapuri, Kota Media, di sini.

Mohd Na'im turut berharap agensi agama dapat menjadi platform untuk menyampaikan kefahaman berhubung isu sensitiviti keagamaan bagi memastikan perkara sumpama itu tidak lagi berulang.

Beliau turut menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mahu tindakan paling keras diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN