fb fb fb fb fb

Aktiviti 'Ali Baba': Undang-undang baharu perlu segera digubal

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J.Arul Kumar

SEREMBAN, 5 Februari- Penggubalan undang-undang baharu harus dipercepat bagi mengekang aktiviti sewa lesen perniagaan kepada warga asing.

Menurut Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J.Arul Kumar sehingga kini hanya undang-undang di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sahaja digunakan.

"Memang itu adalah tindakan ke atas warganegara Malaysia yang memberikan lesen itu kepada orang lain jadi itu lagi penting untuk membolehkan warganegara kita tidak mengenakan ruang ini untuk menyewakan atau pun pinjamkan serta mendapatkan hasil daripada sewaan lesen ini," katanya.

Terdahulu media melaporkan, kerajaan dalam proses merangka dasar undang-undang anti-Ali Baba bagi menangani kesan negatif budaya itu terhadap ekonomi

J.Arul berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Operasi SWM Environment sempena Tahun Baharu Cina 2024 di sini, hari ini.

Seramai 1,018 pekerja kutipan sisa domestik dan pukal dengan 170 kenderaan kompaktor serta lori pukal akan ditugaskan pada hari pertama sambutan perayaan Tahun Baharu Cina bagi memastikan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam berjalan lancar.

Manakala 221 tong sampah beroda turut disediakan di 18 buah pantai di Port Dickson yang dijangka akan dikunjungi ramai pelancong sepanjang cuti perayaan itu.

ZEHRA BINTI ZAMBRI