fb fb fb fb fb

Akaun Facebook 'Haji Fadillah Yusuf' adalah palsu - TPM

Fadillah memohon orang ramai untuk mengabaikan mesej-mesej yang dihantar.

KUALA LUMPUR, 25 Disember- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan akaun Facebook yang menggunakan gambar profil beliau dengan nama 'Haji Fadillah Yusuf' adalah palsu.

Menerusi hantaran ringkas di Facebook rasminya, Fadillah berkata ia merupakan akaun palsu yang direka mereka yang tidak bertanggungjawab.

Fadillah memohon orang ramai untuk mengabaikan mesej-mesej yang dihantar.

"Aduan telah dibuat kepada pihak Facebook untuk tindakan lanjut berhubung akaun palsu tersebut," kata Fadillah.

November lalu, Fadillah mengesahkan terdapat individu cuba melakukan penipuan dengan menggunakan gambar profil beliau untuk mewujudkan WhatsApp, Telegram serta Facebook palsu.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM