fb fb fb fb fb

Ajaran sesat, pengikut 'Si Hulk' guna media sosial hina Agama Islam

JOHOR BAHRU, 20 Julai- Umat Islam diingatkan agar berhati-hati dengan diayah yang disebar kumpulan ajaran sesat 'Si Hulk' menerusi media sosial.

Dua video yang diterima Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), memaparkan pengikut ajaran itu menghina Agama Islam, pada 17 dan 18 Julai lalu, menerusi dua akaun berbeza.

Menurut Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid kes itu berada di luar bidang kuasa kerajaan negeri untuk mengambil tindakan undang-undang kerana ia dimuatnaik dari New Zealand.

Bagaimanapun, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk melumpuhkan kegiatan kumpulan itu di media sosial.

"Kiranya dilihat kepada semua 'profile picture' Facebook ini, dilihat satu kesamaan mereka ialah ada satu 'profile picture sama', 'Ready To Help'.

"Kalau ini kita boleh jadikan sebagai panduan kepada rakan kita di luar sana untuk tidak mengikuti mana-mana sebaran klip video pemahaman yang diutarakan oleh kumpulan seperti ini maka elok dijauhkan, bahkan jangan berkawan dengan mereka," katanya.

(Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid)

Beliau berkata demikian dalam sidang media, di sini hari ini.

Sebarang perniagaan dan perkhidmatan yang dikaitkan dengan kumpulan itu turut diharamkan.

Media Baharu