fb fb fb fb fb

AirAsia mulakan penerbangan terus Kuching-Jakarta bulan depan

KUCHING, 4 Mei- Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia akan memulakan perkhidmatan penerbangan terus dari Jakarta ke Kuching pada 15 Jun ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh AirAsia, tambang promosi serendah RM199 untuk penerbangan sehala kini boleh didapati di aplikasi dan laman web AirAsia.

"Penerbangan ini ditawarkan tiga kali seminggu iaitu pada setiap Selasa, Khamis dan Sabtu.

"Promosi ini boleh mula didapati sehingga 14 Mei untuk perjalanan yang akan dilakukan di antara 15 Jun hingga 29 Oktober tahun ini.

"Buat masa ini, AirAsia Malaysia menyediakan penerbangan antara Singapura dan tiga bandar di Sarawak iaitu Kuching, Miri dan Sibu, menjadikannya syarikat penerbangan dengan rangkaian terluas antara Singapura dan Sarawak,” tambah kenyataan.

(Foto hiasan)

Berdasarkan jadual penerbangan yang disertakan bersama kenyataan itu, penerbangan Jakarta-Kuching akan berlepas pada pukul 7.30 pagi (waktu Indonesia Barat) dan tiba di Kuching pada pukul 10.40 pagi (waktu Malaysia).

Penerbangan balik pula akan berlepas pada pukul 11.10 pagi (waktu Malaysia) dan tiba di Jakarta pada pukul 12.20 tengah hari (waktu Indonesia Barat).

Media Baharu