fb fb fb fb fb

Aildilfitri: PLUS tambah baik papan tanda SmartLane

Mohd Yusuf Abdul Aziz (kanan)

SLIM RIVER, 5 April- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menambah baik pemberitahuan penggunaan SmartLane di 18 lokasi lebuh raya kendaliannya seluruh negara sempena musim perayaan Aildilfitri tahun ini.

Ia termasuk penambahan jumlah papan tanda pemberitahuan dan peringatan, selain pemasangan papan tanda elektronik mudah alih (MPVMS).

Pengurus Besar Kanan Operasinya, Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata, lampu indikasi berwarna hijau juga akan diletakkan di atas papan tanda, menandakan laluan SmartLane telah diaktifkan.

"(Jadi) kepada semua yang menggunakan SmartLane, jika ada ambulans, polis atau autoriti lain yang menggunakan laluan tersebut dalam misi menyelamat, berilah kerjasama.

"(Diingatkan juga) adalah menjadi satu kesalahan jika menyalahgunakan lorong kecemasan, jangan gunakan laluan kecemasan mengikut suka. Laluan kecemasan khas sebagaimana kita faham, kecuali di lokasi SmartLane," katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika melakukan tinjauan lokasi SmartLane antara laluan Slim River ke Sungkai di Kilometer (KM) 367.3 hingga KM 354.0 Lebuhraya Utara-Selatan (Arah Utara).

Sempena Aidilfitri, PLUS menjangkakan seramai 2.1 juta pengguna trafik akan berada lebuh raya ketika waktu puncak berbanding hanya 1.82 juta pada hari biasa.

SITI AISHAH MD ISA