fb fb fb fb fb

AIFA inisiatif kerajaan tangani ancaman siber

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 12 November - Chatbot kecerdasan buatan (AI) AIFA, atau Artificial Intelligence Fact-check Assistant, merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan dalam talian serta membanteras ancaman siber.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, setakat 30 Oktober, AIFA menerima 760 mesej setiap hari, sejak diperkenalkan pada 28 Januari lalu.

“Perkara ini membuktikan bahawa lebih ramai rakyat kini sedar tentang kewujudan AIFA, dan saya berharap AIFA dapat berperanan sebagai platform yang membantu orang ramai membezakan berita benar dan berita palsu," katanya di Dewan Rakyat di sini, pada Rabu.

Beliau menjawab soalan wakil Simpang Renggam , Datuk Seri Utama Hasni Mohammad langkah mengenai langkah yang akan dan bakal diambil bagi mempertahankan imej kerajaan yang dikatakan tidak dapat mengawal media memburukkan pemimpin dan Kerajaan.

Jelasnya, aplikasi yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bukan sahaja mendidik masyarakat untuk menyemak setiap berita atau fakta yang diterima, terutama di platform dalam talian, malah turut membantu menghindari fitnah yang boleh menjejaskan keharmonian negara.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN