fb fb fb fb fb

Aidilfitri: 271 permohonan LPS untuk perkhidmatan bas diluluskan- APAD

Ahmad Radhi Maarof

KUALA LUMPUR, 14 April- Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah meluluskan sebanyak 271 daripada 280 permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) untuk perkhidmatan bas pada musim Hari Raya tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) APAD, Ahmad Radhi Maarof berkata, kelulusan LPS itu berdasarkan had usia bas yang tidak melebihi 10 tahun dan mempunyai kelulusan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

Jelasnya, kelulusan itu penting bagi memastikan keselamatan penumpang sentiasa terjaga.

Hanya sembilan permohonan tidak diluluskan kerana tidak mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan.

"Biasanya, dia tak patuhi syaratlah, mungkin had usia yang melebihi 10 tahun, itu antara biasanyalah, tiada GPS jadi kita tidak benarkan mereka ini untuk masuk sebagai bas tambahanlah, bas eskpres," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu dalam rancangan terbitan RTM di sini.

Tambahnya, di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), sebanyak 180 syarikat beroperasi melibatkan 3,400 bas dan melakukan lebih 5,000 perjalanan setiap hari pada musim cuti Hari Raya ini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM