fb fb fb fb fb

Ahmad Zahid terima kunjungan KSN baharu

Foto Facebook Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 14 Ogos- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat Ketua Setiausaha Negara (KSN) baharu Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar di kompleks bangunan Pejabat Perdana Menteri, Perdana Putra, Putrajaya.

Ahmad Zahid menerusi satu hantaran di Facebook mengucapkan tahniah atas pelantikan Shamsul Azri sebagai KSN baharu.

"Tahniah saya ucapkan kepada Datuk Seri Shamsul atas perlantikan sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baharu berkuatkuasa, 12 Ogos 2024.

"Selamat bertugas," katanya menerusi catatan di Facebook beliau.

Shamsul Azri merupakan bekas Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), dilantik sebagai KSN ke-16 bagi menggantikan Tan Sri Mohd Zuki Ali yang tamat kontrak perkhidmatan pada 10 Ogos lepas.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI