(FOTO BERNAMA)
IJOK, 6 Ogos- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi optimis calon Barisan Nasional akan mengukuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Selangor.
Keyakinan ini disuarakan beliau ketika sesi jelajah mesra bersama calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, Amidi Abdul Manan yang menyantuni peniaga pasar petang
"Saya menjangkakan bukan sekadar mempertahankan kerusi yang ada bantuan calon-calon daripada BN tetapi dijangka melebihi daripada kedudukan kerajaan yang lalu, insya-Allah," kata Ahmad Zahid di pasar malam Pekan Ijok di sini.
Dalam PRU DUN pada 12 Ogos, Amidi berdepan saingan tiga penjuru menentang calon Perikatan Nasional Jefri Mejan dan Tan Cat Keong mewakili Bebas. Kerusi Ijok dimenangi KEADILAN sejak 2008.
Sebelum DUN Selangor dibubarkan PH memiliki 40 kerusi (PKR-19, DAP-15, Amanah-enam), BN (lima), Bersatu (empat), Parti Bangsa Malaysia (PBM) (dua) manakala PAS, Pejuang dan Warisan masing-masing satu kerusi serta wakil rakyat Bebas satu kerusi.
Satu lagi kerusi, DUN Batang Kali diisytiharkan kosong setelah wakil rakyatnya tidak hadir ke persidangan DUN melebihi enam bulan.
(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid bersama Amidi Abdul Manan, menyantuni penduduk setempat
sewaktu hadir di pasar petang/BERNAMA)