fb fb fb fb fb

Ahli UMNO perlu berani tolak pemimpin yang tidak kompeten-Zafrul

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO , Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

GEORGETOWN, 27 Julai- Ahli UMNO dilihat perlu berani untuk menolak pemimpin yang tidak kompeten agar parti berkenaan untuk memastikan parti berkenaan terus relevan dalam kalangan rakyat.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO , Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pemimpin UMNO perlu mempunyai idea bernas bagi membantu masyarakat kerana perkara berkenaan adalah sesuatu yang ingin didengari rakyat.

Jelasnya lagi, segala idea dan dasar yang diutarakan oleh pemimpin UMNO akan dinilai oleh akar umbi parti dan rakyat.

"Supaya kita beri fokus bukan sahaja sibuk berpolitik tetapi juga fikir apa yang kita boleh buat dari segi dasar dan polisi untuk rakyat kita kerana orang yang menilai UMNO bukan sahaja ahli ahli UMNO tetapi juga orang di luar.

"Jadi, apa yang kita berucap apa yang idea yang dapat membantu komuniti rakyat anak anak masa depan kita itulah rakyat nak dengar", katanya demikian   selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Tanjong di sebuah hotel di sini.

Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadhir.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD