
KUALA LUMPUR, 27 April – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-92.
RINGKASAN BERITA AI
- Seri Paduka Baginda sebagai Pemerintah Tertinggi ATM merakamkan penghargaan atas jasa dan pengorbanan warga serta veteran TLDM.
- Pengorbanan mereka dihargai dalam usaha melindungi kedaulatan serta keselamatan negara.
- Baginda berdoa Al-Fatihah untuk yang telah pergi; semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan para syuhada.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merakamkan setinggi penghargaan di atas jasa, bakti dan pergorbanan yang dicurahkan seluruh warga dan veteran TLDM dalam melindungi kedaulatan serta keselamatan negara.
“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.
“Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Baginda dalam hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.