Agong tunai zakat RM10 juta

Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU, 11 Mac – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menunaikan bayaran zakat berjumlah RM10 juta bagi tahun ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hantaran dibuat menerusi Facebook rasmi Seri Paduka Baginda.
  • Cek diserahkan sendiri oleh Seri Paduka Baginda kepada Mohd Radzi Mohd Amin mewakili MAINJ di Istana Pelangi.
  • Penyerahan disaksikan Datuk Yahya Ahmad, Mufti Johor, dan Nasri Md Ali, Pengarah JAINJ.
  • Sumbangan mencerminkan komitmen berterusan menunaikan kewajipan sebagai Muslim dan menyokong kebajikan golongan memerlukan.

Perkara berkenaan dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Seri Paduka Baginda hari ini.

Cek zakat berkenaan diserahkan sendiri oleh Seri Paduka Baginda kepada Mohd Radzi Mohd Amin, yang mewakili Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) di Istana Pelangi, di sini.

Majlis penyerahan tersebut disaksikan oleh Datuk Yahya Ahmad, Mufti Johor dan Nasri Md Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Sumbangan zakat berkenaan mencerminkan komitmen berterusan Seri Paduka Baginda dalam menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim, di samping menyokong usaha memperkasa kebajikan golongan yang memerlukan.