fb fb fb fb fb

Agong titah penggiat industri, kerajaan perlu kerjasama kembangkan peluang untuk rakyat

Al-Sultan Abdullah berkenan melihat dron 'Vtol Fixed Wing UAV' ketika melawat ruang pameran selepas Majlis Pelancaran National Human Capital Conference & Exhibition (NHCCE) 2023 di MITEC / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 30 Oktober- Kerajaan dan penggiat industri perlu bekerjasama mengembangkan peluang pembelajaran dan pembangunan untuk rakyat.

Demikian titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika berkenanan merasmikan merasmikan National Human Capital Conference & Exhibition (NHCCE) 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa (MITEC) di ibu negara.

"Ini adalah usaha yang baik untuk memastikan tiada siapa yang ketinggalan dan kita boleh berkembang bersama sebagai sebuah negara. Dengan inisiatif yang dikemukakan oleh Kementerian Sumber Manusia dan usaha kolektif pemain industri, saya yakin bahawa kita boleh mencapai matlamat kita untuk mempunyai 35% tenaga kerja mahir pada 2030

"Oleh itu, platform seperti Persidangan dan Pameran Modal Insan Kebangsaan 2030 adalah cara terbaik untuk pengamal sumber manusia, pemimpin perniagaan dan pakar hal subjek untuk bersama-sama membincangkan cabaran dan realiti sosioekonomi semasa dan mengenal pasti penyelesaian dan peluang terbaik yang boleh membantu berkembang maju,"titah baginda.

Baginda juga mengharapkan delegasi-delegasi yang hadir di NHCCE 2023 boleh memanfaatkan sepenuhnya perbincangan selama dua hari itu, agar dapat memberi inspirasi dan perubahan dalam strategi pembangunan modal insan.

Turut hadir Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

NHCCE 2023 disertai lebih 400 pempamer.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE