fb fb fb fb fb

Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Tun Abdullah

FOTO FACEBOOK Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 14 April- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Ucapan itu dizahirkan Baginda berdua menerusi satu hantaran di Facebook rasmi.

Terdahulu, RTM melaporkan Tun Abdullah, 85, meninggal dunia di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pada pukul 7.10 malam tadi

Penghormatan terakhir buat Allahyarham Tun Abdullah buat orang awam akan diadakan esok di ruang solat utama Masjid Negara dari pukul 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Allahyarham akan disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara sejurus selepas solat jenazah selepas solat zuhur.

Tun Abdullah yang dikenali sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kelima pada 31 Oktober 2003 dan menerajui negara sehingga 3 April 2009.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA