KUALA LUMPUR, 1 Januari – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.
RINGKASAN BERITA AI
- Berdoa agar tahun 2026 membawa kesejahteraan dan kemakmuran berterusan kepada negara dan rakyat.
- Seruan memperkukuhkan perpaduan nasional demi keharmonian dan kestabilan negara.
- Menekankan kepentingan saling menghormati antara rakyat bagi memelihara hubungan harmoni.
- Doa agar Malaysia sentiasa dilindungi Allah S.W.T dalam menghadapi cabaran masa depan.
- Harapan agar negara dikurniakan keamanan, kemajuan dan kesejahteraan yang berpanjangan.
Seri Paduka Baginda berdua berdoa agar tahun baharu ini membawa kesejahteraan serta kemakmuran yang berterusan kepada negara dan rakyat jelata.
Dalam titah baginda, Sultan Ibrahim turut menyeru rakyat Malaysia agar terus memperkukuhkan perpaduan nasional serta saling menghormati antara satu sama lain demi memastikan keharmonian dan kestabilan negara sentiasa terpelihara.
Seri Paduka Baginda berdua juga menzahirkan doa agar Malaysia sentiasa dilindungi Allah S.W.T serta dikurniakan keamanan, kemajuan dan kesejahteraan yang berpanjangan.