fb fb fb fb fb

Agong, Raja Permaisuri Agong zahir ucapan selamat menyambut Ramadan

Foto Istana Negara

KUALA LUMPUR, 1 Mac- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Royal Press Office (RPO) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan Seri Paduka Baginda berharap semua umat Islam negara mengambil kesempatan pada bulan yang mulia ini untuk mengeratkan silaturahim dan membantu mereka yang memerlukan.

"Saya dan Raja Permaisuri Agong mendoakan agar Allah Subhanahuwataala mengurniakan kesejahteraan kepada rakyat Malaysia serta dielakkan sebarang perselisihan atau perbalahan bersempena bulan Ramadan yang penuh barakah ini," titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office (RPO).

Seri Paduka Baginda turut mengajak seluruh umat Islam agar sama-sama bermunajat dan berdoa agar Malaysia sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan, serta dilindungi daripada segala ancaman, bencana dan musibah.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI