Agong berkenan tandatangani Akta Antibuli 2026

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 10 Januari – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menandatangani Akta Antibuli 2026 di Istana Bukit Tunku, hari ini (Sabtu).

RINGKASAN BERITA AI
  • Akta Antibuli 2026 digubal dan diluluskan Parlimen pada 3 Disember 2025 untuk menangani kes buli.
  • Beberapa menteri diberi kuasa mengurus dan menyelia kes buli di institusi bawah bidang masing-masing.
  • Tribunal Antibuli akan ditubuhkan sebagai badan kuasi-kehakiman khusus untuk menerima dan mendengar aduan.
  • Tribunal boleh memerintahkan pampasan atau perintah sewajarnya bagi pembelaan dan keadilan mangsa buli.

Menerusi satu hantan di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, akta tersebut telah digubal dan diluluskan di Parlimen pada 3 Disember 2025 bagi mewujudkan suatu mekanisme khusus untuk menangani kes buli bagi kesemua mangsa yang telah ditakrif dan diperuntukkan di bawahnya.

“Di bawah akta ini, Menteri Pendidikan, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Menteri Pertahanan,
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, serta Menteri Dalam Negeri diberi kuasa untuk menguruskan dan mengawal selia kes buli di institusi pendidikan atau institusi lain di bawah tanggungjawab dan bidang kuasa masing-masing.

“Tribunal bagi Antibuli juga akan ditubuhkan sebagai suatu badan kuasi-kehakiman khusus untuk menerima, mendengar dan menentukan aduan buli yang dibuat oleh mangsa dan memberikan apa-apa pampasan atau perintah yang sewajarnya bagi maksud pembelaan dan keadilan terhadap mangsa buli itu,” menurut hantaran tersebut.