fb fb fb fb fb

Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 12 penuntut IPT

KUALA LUMPUR, 29 Jun - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong, kepada 12 penuntut Institut Pengajian Tinggi di Istana Negara.

Lapan penerima biasiswa ialah bagi pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) manakala empat di peringkat sarjana.

Dua penerima akan melanjutkan pengajian di luar negara manakala 10 lagi telah dan akan melanjutkan pengajian di universiti penyelidikan dalam negara tahun ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah yakin kesemua penerima dapat menamatkan pengajian masing-masing dengan cemerlang dan memberi pulangan kepada negara dalam pelbagai bidang.


(Al-Sultan Abdullah berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong kepada
12 penuntut Institut Pengajian Tinggi) 

"Kalau kita lihat dalam RMKe-12 dan juga Wawasan Kemakmuran Bersama,kita dah sebut dah bagaimana menyediakan peluang dan ruang untuk rakyat kita untuk turut sama menyumbang, merapatkan satu jurang ekonomi antara bandar, luar bandar dan juga bagaimana kita boleh bersaing dengan negara-negara lain," kata beliau.

BYDPA diperkenalkan pada 2006 dan sehingga kini 17 sesi penawaran telah dilaksanakan merangkumi 187 penerima yang diberi penajaan untuk pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam.

Media Baharu