fb fb fb fb fb

Agong berangkat ke Majlis Persantapan Diraja bersama Sultan Brunei

Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 26 Februari- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Persantapan Diraja bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Menurut hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, majlis tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan.

Berangkat sama Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berangkat tiba di Bandar Seri Begawan, Brunei sempena lawatan khas ke negara jiran itu.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda tiba di Bandar Seri Begawan pada 2.25 petang, hari ini.

ROSLINA BINTI DIN