fb fb fb fb fb

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Hari Pekerja

Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah (Bernama)/Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 1 Mei- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Pekerja kepada semua rakyat Malaysia.

Seri Paduka Baginda bertitah, pengorbanan pekerja merupakan asas kepada kemajuan dan pembangunan yang dinikmati oleh rakyat hari ini.

"Hari ini kita hargai dedikasi dan komitmen para pekerja yang menjadi nadi kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.

"Setiap titik peluh yang dicurahkan adalah asas kepada pembangunan yang kita nikmati pada hari ini.

"Terima kasih atas jasa anda semua," titah baginda dalam kenyataan menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

SITI AISHAH MD ISA